Tuesday 4 February 2014

NAQIBAH CEMERLANG , JEMAAH GEMILANG

Berkesempatan membantu  ibunda membuat teks pidato bertajuk 'Naqibah cemerlang , Jemaah gemilang ' .
Berikut adalah teksnya . Mohon komen dari pembaca setia . =)

*Naqib=Naqibah . Dua2 boleh guna .


NAQIBAH CEMERLANG , JEMAAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt & salam sejahtera ,

Meniti sirah Rasulullah SAW , kita bakal menemui epilog kisah perjuangan para sahabat yang padat dengan mehnah & tribulasi dalam berjuang . Siri perjuangan Rasulullah SAW diserikan dengan pelbagai golongan masyarakat . Ada yang tua , muda , miskin , kaya dan lain-lain golongan juga sebenarnya membawa kita kepada uniknya ensiklopedia ini sebagai ibrah perjuangan di masa hadapan . Kali ini , saya ingin memfokuskan skop perjuangan ini kepada satu golongan ;  wanita .

Allah SWT berfirman : "Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. At Taubah : 71)

Hadirin yang dihormati sekalian ,

Wanita adalah tulang belakang kepada  kekuatan pemuda . Disebalik kekuatan tonggak , mereka adalah pemangkin .Di dalam episod  perjuangan Islam ini , hakikatnya lelaki & perempuan adalah sangat berperanan . Lelaki & perempuan amat berlainan sifatnya . Sudah tentu  method , pembawakan , cara , kaedah juga kesan dalam perjuangan juga ketara bezanya . Sebab itu , lelaki & perempuan adalah saling melengkapi dalam menyampaikan risalah dakwahNya . . Dari sudut perumpamaan , mereka ibarat . Begitulah hendak dikatakan betapa peri pentingnya peranan wanita sebagai sayap kiri dalam legasi dakwah iaitu menyampaikan Islam kepada ummah .

Kisah perjuangan muslimah dalam menempa syahid begitu banyak kisahnya . Zinnirah sebagai contoh , hamba sahaya Umar Al-Khattab yang buta disiksa setelah diketahui keislamannya . Puncak penyiksaan paling nyata terhadap Zinnirah ialah ketika matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi  penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

Sering juga terdengar kisah Khaulah Al-Azwar, seorang pahlawan muslimat. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.  Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus.Pernah juga Khaulah ditawan di perang Sahura , tapi penahanannya itu tudak meluntur semangat untuk bertahan , lalu membakar semangat tawanan lain dengan pidato yang berbunyi :

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".

Kisah Nusaibah juga boleh diteladani . Perjuangannya di zaman Rasulullah dalam pelbagai perang sangat kita kagumi . Tanngannya terputus saat berada di medan peperangan Yamamah , mentang golongan murtad di zaman khalifah Abu Bakar .Begitula serba sedikit kisah perjuangan muslimah zaman Rasulullah yang boleh di jadikan contoh perjuangan kita , lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dugaan ini .

Hadirin yang budiman ,

Perjuangan mereka tidak seharusnya tamat begitu sahaja . Mata rantai perjuangan akan terus bersambung sehingga menggapai syurga  . Rentetan jatuhnya khilafah terakhir Uthmaniyyah di Turki , bangkit pula idea gerakan Islam dalam mengembalikan zaman kegemilangan Islam dari Hassan Al-Banna . Usrah sebagai wasilah tarbiyah dalam gerakan Islam ini adalah medan memperteguh diri menempah syurga Allah .    

Usrah dalam bahasa Melayu ertinya adalah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. Dalam usrah , naqib/ah memainkan aspek penting sebagai mentor & pembimbing kepada anggota usrah . Naqibah adalah rujukan , pendengar , pembimbing , penasihat , guru juga penunjuk ajar dari kalangan muslimat kepada anggota usrah dalam sebarang perkara . 

Mendepani moden globalisasi kini , peranan usrah mestilah dimantapkan sebaiknya dalam menghadapi dugaan mendatang .  Sesungguhnya , peri pentingnya melahirkan golongan amilin berkualiti dari usrah yang mantap , bagi memeperteguhkan Jemaah yang mampan & optimis dalam membawa risalah dakwah . Oleh itu , naqibah cemerlang sangat berperanan dalam membantu memperkasakan Jemaah .

Hadirin yang di sayangi ,

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing , & kembali dalam keadaan asing . Sungguh , kerja dakwah & tarbiyah bukanlah perkara mudah . Dalam usrah , naqibah adalah aspek penting bagi merealisasikan harapan usrah gemilang . Tanpa naqibah , usrah akan hilang kompenannya . Oleh itu , di sini ingin saya kongsikan beberapa tips menjadi naqibah contoh & berkaliber :

Naqibah mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya.

Apabila naqibah memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqibah ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa. Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah. Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqibah tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqibah . Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.

Memahami tasawwur Islam dan gerakan.

Naqibah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqibah mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak.

Oleh itu sekiranya seorang naqibah yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan. Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.

Mengeratkan jalinan ukhwah.

Naqibah perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi .Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi ”

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

Menunjukkan suri teladan yang baik.

Naqibah sebagai role model dan diperhati oleh anak buah . Sahsiah dan tingkah laku naqibah sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqibah kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah.

Firman Allah SWT Bermaksud : “ Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir ”. Al-Baqarah:44

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah. Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqibah yang mengendalikan usrah , kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah. Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah. Moga hasrat mencapai kegemilngan Jemaah dengan mantapnya Naqibah menjadi lebih realistik dalam mencapai kemenangan Islam di muka bumi ini .


Takbir !




No comments:

Post a Comment