Tuesday, 4 February 2014

NAQIBAH CEMERLANG , JEMAAH GEMILANG

Berkesempatan membantu  ibunda membuat teks pidato bertajuk 'Naqibah cemerlang , Jemaah gemilang ' .
Berikut adalah teksnya . Mohon komen dari pembaca setia . =)

*Naqib=Naqibah . Dua2 boleh guna .


NAQIBAH CEMERLANG , JEMAAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt & salam sejahtera ,

Meniti sirah Rasulullah SAW , kita bakal menemui epilog kisah perjuangan para sahabat yang padat dengan mehnah & tribulasi dalam berjuang . Siri perjuangan Rasulullah SAW diserikan dengan pelbagai golongan masyarakat . Ada yang tua , muda , miskin , kaya dan lain-lain golongan juga sebenarnya membawa kita kepada uniknya ensiklopedia ini sebagai ibrah perjuangan di masa hadapan . Kali ini , saya ingin memfokuskan skop perjuangan ini kepada satu golongan ;  wanita .

Allah SWT berfirman : "Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. At Taubah : 71)

Hadirin yang dihormati sekalian ,

Wanita adalah tulang belakang kepada  kekuatan pemuda . Disebalik kekuatan tonggak , mereka adalah pemangkin .Di dalam episod  perjuangan Islam ini , hakikatnya lelaki & perempuan adalah sangat berperanan . Lelaki & perempuan amat berlainan sifatnya . Sudah tentu  method , pembawakan , cara , kaedah juga kesan dalam perjuangan juga ketara bezanya . Sebab itu , lelaki & perempuan adalah saling melengkapi dalam menyampaikan risalah dakwahNya . . Dari sudut perumpamaan , mereka ibarat . Begitulah hendak dikatakan betapa peri pentingnya peranan wanita sebagai sayap kiri dalam legasi dakwah iaitu menyampaikan Islam kepada ummah .

Kisah perjuangan muslimah dalam menempa syahid begitu banyak kisahnya . Zinnirah sebagai contoh , hamba sahaya Umar Al-Khattab yang buta disiksa setelah diketahui keislamannya . Puncak penyiksaan paling nyata terhadap Zinnirah ialah ketika matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi  penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

Sering juga terdengar kisah Khaulah Al-Azwar, seorang pahlawan muslimat. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.  Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus.Pernah juga Khaulah ditawan di perang Sahura , tapi penahanannya itu tudak meluntur semangat untuk bertahan , lalu membakar semangat tawanan lain dengan pidato yang berbunyi :

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".

Kisah Nusaibah juga boleh diteladani . Perjuangannya di zaman Rasulullah dalam pelbagai perang sangat kita kagumi . Tanngannya terputus saat berada di medan peperangan Yamamah , mentang golongan murtad di zaman khalifah Abu Bakar .Begitula serba sedikit kisah perjuangan muslimah zaman Rasulullah yang boleh di jadikan contoh perjuangan kita , lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dugaan ini .

Hadirin yang budiman ,

Perjuangan mereka tidak seharusnya tamat begitu sahaja . Mata rantai perjuangan akan terus bersambung sehingga menggapai syurga  . Rentetan jatuhnya khilafah terakhir Uthmaniyyah di Turki , bangkit pula idea gerakan Islam dalam mengembalikan zaman kegemilangan Islam dari Hassan Al-Banna . Usrah sebagai wasilah tarbiyah dalam gerakan Islam ini adalah medan memperteguh diri menempah syurga Allah .    

Usrah dalam bahasa Melayu ertinya adalah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. Dalam usrah , naqib/ah memainkan aspek penting sebagai mentor & pembimbing kepada anggota usrah . Naqibah adalah rujukan , pendengar , pembimbing , penasihat , guru juga penunjuk ajar dari kalangan muslimat kepada anggota usrah dalam sebarang perkara . 

Mendepani moden globalisasi kini , peranan usrah mestilah dimantapkan sebaiknya dalam menghadapi dugaan mendatang .  Sesungguhnya , peri pentingnya melahirkan golongan amilin berkualiti dari usrah yang mantap , bagi memeperteguhkan Jemaah yang mampan & optimis dalam membawa risalah dakwah . Oleh itu , naqibah cemerlang sangat berperanan dalam membantu memperkasakan Jemaah .

Hadirin yang di sayangi ,

Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing , & kembali dalam keadaan asing . Sungguh , kerja dakwah & tarbiyah bukanlah perkara mudah . Dalam usrah , naqibah adalah aspek penting bagi merealisasikan harapan usrah gemilang . Tanpa naqibah , usrah akan hilang kompenannya . Oleh itu , di sini ingin saya kongsikan beberapa tips menjadi naqibah contoh & berkaliber :

Naqibah mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya.

Apabila naqibah memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqibah ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa. Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah. Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqibah tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqibah . Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.

Memahami tasawwur Islam dan gerakan.

Naqibah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqibah mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak.

Oleh itu sekiranya seorang naqibah yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan. Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.

Mengeratkan jalinan ukhwah.

Naqibah perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi .Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi ”

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

Menunjukkan suri teladan yang baik.

Naqibah sebagai role model dan diperhati oleh anak buah . Sahsiah dan tingkah laku naqibah sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqibah kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah.

Firman Allah SWT Bermaksud : “ Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir ”. Al-Baqarah:44

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah. Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqibah yang mengendalikan usrah , kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah. Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah. Moga hasrat mencapai kegemilngan Jemaah dengan mantapnya Naqibah menjadi lebih realistik dalam mencapai kemenangan Islam di muka bumi ini .


Takbir !




Wednesday, 9 January 2013

~ TAHUN 2013 TAHUN PERUBAHAN ~

Assalamualaikum w.r.t ...

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan salam tahun baru 2013. Moga tahun ini memberikan seribu impak berbeza dalam arus perubahan diri .Jua agar layar kehidupan terus di pacu pada arah yang benar , tidak tersesat malah tidak juga tenggelam melawan badai . Harapan agar layar itu terus bergerak , mengikut angin PERUBAHAN bermula dari diri , keluarga , masyarakat jua negara semata-mata untuk ISLAM insyallah .

Dari dulu sikapnya malas solat , kini kerap solatnya jemaah di masjid . Halim (bukan nama sebenar)  seorang yang rajin . Ibadahnya jaga . Percakapannya juga mulia . Tingkahlakunya indah , sopan & berbudi .Tampak beriman . Kini dia menjadi baik . Tidak lagi seperti dirinya dulu . Nakal , kuat berfoya , merokok , pakai seluar pendek, solat fardhu pun jarang  ... Ya , Halim telah berubah !

Contoh mudah di atas adalh perungkai persoalan mengenai apa itu PERUBAHAN . Halim telah berubah . Dari yang buruk kepada yang baik . Jua mungkin akan menjadi lebih baik malahan yang terbaik . Dari sesuatu kepada sesuatu yang lain , tafsir ringkas PERUBAHAN . Begitu juga perihal cerita Halim . Dia telah merubah diri mahupun sikapnya . YA , PERUBAHAN .

Atau .., 
Halim boleh BERUBAH sikapnya seperti yang dulu . boleh jadi !

..................................................

Cukup ! sudah terang , nyata tanpa bersuluh lagi tentang definasi PERUBAHAN . Mudah faham bukan ? Baiklah , pendahuluan seakan hangat mentari , tapi lontaran topik yang akan aku kongsikan bukanlah hebat mana pun . Cuma berkenaan tentang azam , tekad yang perlu aku capai untuk misi tahun 2013 ini .

TAHUN 2013 TAHUN PERUBAHAN !

Melihat kepada status aku sebagai seorang mahasiswa , teringat slot motivasi ketika program SMTB '12 di Hulu Langat . Masa itu Pak Engku adalah motivatornya . Beliau dulu adalah aktivitis mahasiswa . Pengalamannya dalam kancah aktivisme di kongsi , buat darah muda aku berderau . Lagi-lagi statusku sebagai mahasiswa , jadi pemangkin jiwa muda terbakar membara . Paling lekat dalam minda , sewaktu beliau mengolah maksud mahasiswa .Dalam penerangan soal definasi mahasiswa katanya , siswa/siswi adalah pelajar yang belajar di IPTA/IPTS . Tapi persoalannya kenapa di tambah 'maha' pada perkataan mahasiswa itu ? 

Suku kata 'Maha' dalam perkataan mahasiswa adalah satu penghormatan masyarakat. Pengiktirafan paling tinggi buat golongan pelajar di IPT , berbezanya dengan pelajar yang berada di peringkat rendah mahupun menengah . Seolah mahasiswa adalah wakil pelajar kepada masyarakat umum . Suara mahasiswa dalam merespon suatu isu juga dikira keramat . Patut di beri perhatian & tidak di pandang enteng .Teringat peristiwa gerakan mahasiswa  pada tahun 1969 , tika mana mahasiswa melihat pihanraya waktu itu banyak mencetuskan perpecahan kalangan kaum , maka di ambil pendekatan pelbagai termasuk mendesak Tunku Abdul Rahman turun berundur dari bangku nombor satu negara masa itu akhirnya berjaya .Sehingga pada tahun 1971 , kerajaan menubuhkan AUKU sebagai 'pagar' menyekat aktivitisme golongan mahasiswa hingga kini . Nah , betapa hebat suara keramat mahasiswa !

Sedikit perkongsian mengenai gerakan mahasiswa di Malaysia . Belum di olah mengenai peristiwa Baling 1974 , Ops Kriket 1997 dan pebagai lagi siri perjuangan mahasiswa di Malaysia . Memperlihat bahawa kepekaan mahasiswa terhadap isu sekeliling , sebagai ejen 'semak dan imbang' pentadbiran universiti jua negara & menjadi 'third force' dalam mengkritik lalu menyatakan solusi bagi mencapai keputusan negara . Lihatlah hebatnya mahasiswa !

Sebagai mahasiswa , aku kembali menoleh pada diri . Seolah jauh bagai bumi dengan matahari . Atau mungkin lebih jauh lagi . Memperlihat sikapku terkini , masakan boleh mencapai tahap mahasiswa yang mampu menggegar negara . Nama-nama tokoh perjuangan mahasiswa sperti Syed Hamid Ali , Adi Satria ,Abdul Rahman Rukhaini , Safwan Anang , Fazli Halim & lain-lain perintis perjuangan jauh sikapnya seperti aku . Cuba lihat agama , displin diri , ibadah , pengetahuan umum mahupun pencapaian akedemik kita ? Adakah aku sebagai mahasiswa yang mampu membuka mata negara malah dunia ? Baiklah , cuba review kembali rutin harian kita . Kira balik berapa banyak masa rugi , berapa banyak masa berfaedah . Tolak masa kelas kuliah . Ok .. Ada masa ulangkaji pelajaran ? emmmm .... masa untuk beribadah ? baca buku ilmiah selain buku kuliah ? masa untuk ilmu kepimpinan ? ilmu agama ? isu semasa ? aiyaaa ~

Universiti adalah lubuk ilmu . Tempat yang mana variasi ilmu itu wujud & banyak . Bilamana kita adalah si pemancing , maka aneka jenis ilmu itu umpama variasi ikan yang ada . Umpama keli ,patin , kelah ikan yu & sebagainya . Universiti ibarat sungai/tasik/lautnya .Tapi, aku melihat kebanyakan rakan mahasiswa hanya memfokuskan skop pembelajarannya dalam bidang yang di ambil . Tujuan ke menara gading adalah semata untuk belajar apa ada dalam silibus pelajarannya , itu sahaja .Silap . Anda bukan di programkan umpama ROBOT , belajar ikut silibus , kerja ikut silibus . Tidak tuan-tuan . Di universiti , anda perlu belajar semua jenis pelajarannya yang boleh anda jumpa . Contoh ilmu berniaga , komunikasi , kepimpinan , pertahanan diri , penulisan , pengucapan awam & politik sekalipun . Kenapa ? kerana anda adalah MANUSIA , & anda hidup dengan MANUSIA . Anda juga tidak boleh meramal masa depan anda . Lihat sahaja peratusan graduan yang mengaggur , adakah 100% anda yakin anda akan jadi engineer ? Wallahualam ~

Nyata , tahun 2013 adalah tahun perlunya aku berubah . Bukan setakat dari aspek pembudayaan ilmu , malah sikap mahupun kesulurahan muwasafat tarbiyah perlu di pertingkat agar menjadi individu MUSLIM yang sejati . Moga Allah bagi kekuatan untuk aku berubah menjadi lebih baik . Bermulanya kemenangan ISLAM di DUNIA adalah bermula dengan DIRI sendiri. JOM UBAH ! 




     


  




  

Saturday, 29 December 2012

~UCAPAN KEBARA SEMPENA FINAL EXAM~

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.r.t.

Setinggi-tinggi melafazkan rasa syukur kehadrat Illahi atas pemberian nikmat 'nafas' untuk meneruskan pelayaran kehidupan di muka bumi ini . Jua selawat & salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW serta kaum kerabat Baginda.

Debaran imtihan akhir sem semakin rancak . Masing-masing 'mengasah senjata' melakukan persediaan terakhir. Ke hulu ke mari rata-rata menggalas buku .Ada yang berjumpa pensyarah , berdiskusi bersama bulatan sahabiah, jua ada menyepi di dalam kamar sendiri . Tutorial ,internet , buku-buku rujukan , soalan test mahupun soalan final exam yang lepas di jadikan sumber sebagai latihan kendiri .  Perpustakaan , masjid , tempat diskusi pelajar jadi tumpuan tika ini .Rakan-rakan mahasiswa di UMP di dalam mood studi . Moga di permudah segalanya .

Di dalam persediaan mutakhir ini , tidak salah rasanya untuk kita kembali bermuhasabah perihal kehidupan kita di alam kampus ini . Pernahkah terdetik dalam hati kita , adakah kita menjadi mahasiswa yang hanya tertumpu belajarnya di alam pengkuliahan semata ? Celik mata , mandi , pukul 8 , bergesa ke kuliah .. tamat kuliah , makan , studi , kembali semula atas tilam . Benarkah ? Atau belajar kita di universiti ini hanyalah persediaan untuk ke tempat kerja ? belajar , masuk persatuan ,pandai bersosial , celik organisasi , cukuplah .... Betul ? 

Betulkan balik niat kita .Ayuh kembali rujuk Hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi , perihal ikhlas . Petikan hadis Rasulullah SAW :
Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Ya, ikhlaskan kembali niat kita . Pusarkan niat kita hanya pada yang Maha Satu .Apa guna belajar tanpa ganjaran di sisi Allah. Belajar untuk kepentingan diri , tanpa meletakkan Islam sebagai tujuan utama , seolah kosong . Kita hanya dapat apa yang kita impikan . Kehidupan di alam kampus selesa mengikut apa yang kita dambakan . Tanpa aplikasi pembelajaran ke medan perjuangan dakwah, tarbiyah mahupun siyasah dalam memartabat kalimah Allah , kita di anggap masih belum terima cabaran & mehnah dalam berjuang . Kembalilah kepada tujuan asal hidup di muka bumi , moga Allah menerima amalan kita.

Mewakili saff kepimpinan KEBARA 2012 - 2013 , dengan ini mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN kepada semua rakan seperjuangan .Jangan lupa persediaan peralatan imtihan (pen,pensel , pengasah , slip dll. ) Maaf jika ada sebarang kekhilafan sepanjang sem ini , moga semua di permudah olehNya !   

من جد وجد ومن زرع حصد

'BERSAMA MENYEMARAKKAN BAHASA ARAB'

SHAIFULLAH IDLAN BIN ROZLAN 
PRESIDEN 
KEBARA UMP 2012 - 2013
Blok Q34-01 KK2








Saturday, 8 December 2012

~ SAPU SAWANG ~

Assalamualaikum wrt .

Alhamdulillah di beri ruang & peluang untuk terus hidup di bawah rahmat Allah ..setiap sedutan nafas , nikmat kesihatan , penglihatan yang tiada penghadang mahupun apa jua nikmat harus kita syukuri, & jangan di lupa tujuan sebenar hidup kita di muka bumi ini , kita hanya hambaNya .

 Syukur sebenarnya masih di beri masa untuk 'menyapu sawang' di blog sambil menghirup neslo ais free tika ini , di samping menyambung semula penulisan blog yang telah lama aku tinggalkan. Agak lama tidak beri perhatian di ruang penulisan aku ni , entah apa terlalu sibuk sehingga medium ini tidak ku hiraukan lagi . Sementara menunggu masa yang sedikit untuk masuk waktu Zohor ni , rasanya ingin berkongsi sedikit pengalaman kecil yang rasanya sahabiah sekelian boleh ambil iktibar .

Ceritanya di sebuah kafe,waktu tengahari .Saat aku bersama rakan2 seperjuangan (dalam 5-6 orang ) sedang leka berbual sambil menikmati hidangan tengahari ,tiba seorang rakan lain baru selesai membeli hidangan & menuju tempat kami berkumpul . Seakan menerima kepulangan tentera baru balik perang , kami tiba2 bersorak tika rakan itu hampir pada kami . Entah , tiba2 kami bersorak menyepik .Mungkin sebab Ukhuwah (sangat ) , kami dah terbiasa dengan perangai mcm tu .Orang2 lain dalam kafe pandang pelik, tapi kami buat tak tahu . Lalu rakan itu duduk bersama kami .

Seorang rakan lain yang bersama kami dari awal lagi , (John Terry bukan nama sebenar) , tunduk . Muka dia  malu . Aku hanya memerhati Terry , dia masih diam membisu . Waktu itu rakan2 yang lain masih bergelak senda . Terry masih buat tak endah . Di biarkan dirinya bersama lamunannya .

2 minit berselang , Terry tiba2 memulakan perbualan dengan soalannya . Soalannya mcm mudah , di tanya pada seorang rakan yang sedang leka hirup sup nasi ayam . ' macamane kita nak tegur orang couple ye ? ' haaa , rakan tu jawab dengan hadis Rasulullah S.A.W. ,


“Barang siapa yang mengetahui kemungkaran (hal yang tidak benar) maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, kalau tidak bisa (dengan tangan) maka hendaklah merubahnya dengan lesan, kalau tidak bisa maka hendaklah merubanya dengan hati. Tetapi ingatlah bahwa orang yang merubah kemungkaran dengan hati adalah yang yang paling lemah imannya”.


emm , aku mengangguk setuju . Dalam hati , memuji kehebatan rakan aku yang menjawab persoalan tadi . Tapi , Terry seakan tak berpuas hati . Terry kata betul , tapi dia nak jawapan yang lebih baik , agaknya .Dia ajukan soalan itu pada rakan2 yang lain ,& hampir semua menyokong hujah dari rakan yang satu itu , siap buat keterangan panjang lebar tentang hadis tu . 'Jawapan korang semua betul , tapi ada satu yang tak kamu semua sebutkan ... 'Ada yang bagi jawapan berbeza , tapi berlainan dengan jawapan Terry yang satu ni . emm ,agak2 apa dia ye ??

TUNJUKKAN AKHLAK YANG BAIK ........

 peng , peng , peng ,.. peluru pintball menembusi pakaian kebal pemain2 paintball . Rakan2 lain tunduk , terasa , termasuklah aku . Kesan itu lebih mendalam tusukannya lebih2 lagi kepada PASUKAN SORAK . Aiyaa , baru nak rasa malu , tadi tak . Hah , Terry pun apatah lagi , terus mengolah panjang jawapan yang dilontarkan pada kotak hati kami sebentar tadi . Kami pulak yang tunduk membisu , tadi si Terry . Membisu selama 2 minit , aku pohon untuk undur diri , alasan ada kerja yang perlu di settlekan :P

Saat aku berjalan menuju destinasi seterusnya , aku berfikir sendiri . Bagaimana kita sendiri nak tegur rakan kita yang terjebak dalam lembah kemaksiatan , sedangkan kita sendiri tidak ada sifat yang perlu untuk mereka contohi kita ? Mereka yang jatuh ke lembah kejahatan (mad'u) akan menilai pendakwah (da'ie) mereka . 'Cet. nak tegur aku tak solat kau sendiri suka kacau anak dara orang '. 'Eh , kau nak tegur aku keluar ngan anak dara orang ? eh kau tu kerja assigment pun  tiru aku hahaha ' . Ambik kau da'ie2 sekalian ! nak jawab apa ?  10 muwasafat tarbiyah , Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)     pun x settle2 lagi  . Kata pendakwah . Emm , memang malu . Tapi , memang patut rasa MALU . Dan peristiwa itu jadi memori untuk aku , sampai sekrang aku masih terkasima dengan ibrahnya . Syukran Terry !


Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.





Rasanya cukup sampai di sini mungkin perkongsian kita bersama . Neslo free ni pun dah habis ,dan Zohor yang ku tunggu munculnya itu akhirnya menjelma kembali . Moga kita dapat iktibar dari kisah ini . JOM SOLAT !

      



       

Monday, 6 February 2012

~PeriHaL LeLakI~

Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki..? Ni patut kaum wanita tahu dan ambil berat..nak tahu apa..? Jom layan..
Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2
“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

Perihal Lelaki #3
Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4
“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5
“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…
Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

Thursday, 19 January 2012

~nUkiLan Memori BerKonvoI~

(20/1/2011)

SALAM 1 UKHUWAH...,
Apa khabar kalian pembaca ?Harap sentiasa ingat ALLAH bersama kita.Dua minggu berlalu.Hari - hari yang berlalu di cuti sem ini seharusnya di isi aktiviti2 yang beri kesan berfaedah pada diri.Waktu ini jugalah sewajarnya terlibat dengan aktiviti kemasyarakatn,agar pengalamn baru hadir dalam diri demi menempuh masa mendatang yg lebih mencabar.Setiap ahli masyarakat punya pelbagai peribadi & ragam,baik muda mahupun tua,orang kmpung atau bandar,susah atau senang,sewajarnya kita peduli & cakna.Program kemasyarakatan bagai kenduri kendara,gotong royong & sewaktu dengannya haruslah giat & aktif moga keyakinan menempuh masyarkat yang punya variasi gaya & cara pelbagai dapat di perhalusi demi menyebarkan misi dakwah di samping memantapkan personaliti diri,persediaan di hari mendatang.INSYALLAH...~


Sedikit perkongsian bersama sahabat2 pembaca minggu ini,pengalaman dakwah secara beriadah.Alhamdulillah,cuti sem ini sempat berkonvoi bersama saudara & rakan2 sekampung.Konvoi anjuran ARC(Alternative Riding Club) bahagian Maran ,mencatatkan sambutan penyertaan yang mnggalakkn,sekitar 50 orang.Bermula himpun di Kg Jengka Batu 13,Maran,menysuri highway Pantai Timur & destinasi tuju adalah Pantai Balok,Kuantan.Konvoi kali ini aku menunggang skuter EGO kepunyaan sepupu,bernombor plat JLK 7087.Di bawah ku catitkan pengalaman berkonvoi dlam bntuk diari,mungkin mmudahkan sahabt2 pembaca sekalian memahaminya.


AHAD
(15/1/2012)

8.00 Pagi
-Menuggu semua pesrta konvoi berhimpun.Peserta2 berhimpun di Kg Jengka Batu 13,Maran berhadapan dengan pejabat renjer.Peserta kebanyakan anak2 muda menetap sekitar Temerloh,Chenor,Jengka & rakan2 dari kampung sendiri.Sesi pendaftran juga bermula saat semua sedang menunggu konvoi bermula.

  
10.30 Pagi
-Sesi taklimat bermula.Taklimat dismpaikan setelah semua peserta brhimpun & berkumpul sebelum bermula konvoi.Taklimat perjlanan konvoi di sampaikan oleh ayah saudara merangkap ketua 'marshall' konvoi,Saharudin Yaakub.Juga sedikit ucapan selingan sebagai tanda pelepasan dari Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman.Sedikit ucapan yg sempat aku ingat ialah berkenan hadis nabi yg mnggalakan anak2 muda di ajar menunggang kuda (di kiaskan menunggang motorsikal).15 mnit kemudian,konvoi bermula.


11.30 pagi
-Berhenti di perhentian pertama di ESSO cawangan Maran.Kesemptan di beri ku isi dengan penuhkn tangki minyak motor.Perasaan sungguh gembira apabila dapat berkonvoi semula bersama rakan2 & saudara mara.Di samping merapatkan ukhuwah sesama mereka,dapat juga menjalin ukhuwah sesama sahabat2 yg baru jua ku kenali.Teringat pesan nabi,"Tidak beriman sseorg itu sehingga menyayangi saudaranya lebih dari dirinya sendiri".Beberapa minit berselang,perjalanan di teruskan semula.


12.45 tengahari
-Setelah sejam lebih menghayati ciptaan unik dari Sang Pencipta sepanjang perjlanan highway Pantai Timur, berhenti rehat sebentar mnyejukkan enjin 'tunggangan' di Petronas cawangan Beserah,Kuantan.Kesemptan rehat yg di beri ini jua ku penuhkn kembali tgki minyak skuter yang hmpir kosong.Sedikit masalah muncul apabila skuter yang ak tunggang starter tangnnya rosak.Tapi bukanlah satu masalah besar buatku kerana skuter juga punyai starter kaki sprti motorsikal2 yg lain,jadi tidak ada masalah untuk teruskan perjalanan.

 
1.30 tengahari
-Berhenti rehat untuk makan & solat di surau kecil berhadapan Pantai Balok.Angin segar pantai bertiup sayup dinihari tanda perjalanan ke destinasi hmpir sampai.Kami di sajikan dengan nasi putih berlauk ayam gulai brbekas polistrine oleh ajk sambutan ahli kelab ARC cawangan Kuantan.Kelihatan peserta sungguh berselera menjamu hidangan seakan perut belum berisi di waktu pagi.Sesudah makan,kami semua solat berjemaah Jama' & Qasar di surau berkenaan seblum memulakan prjalanan ke destinasi terakhir.


3.00 petang
Tiba di destinasi yang di tuju,Pantai Batu Hitam,Kuantan setelah di bawa berarak mnyusuri keadaan sekitar Pantai Balok.Rata2 mmbunyikan hon tanda sokongan kepada kami ketika di bawa berpusing melawat keadaan Pantai Balok.Tersenyum sipu sejenak atas skuter apabila seorang gadis manis melambai2 kepada kami waktu itu.Kami di sambut baik oleh ahli2 ARC cawangan Kuantan (seramai 20 orang lebih barangkali) setibanya di Pantai Batu Hitam.


3.15 petang
-Raut wajah ahli2 ARC cawangan Kuantan yang mnyambut kami ceria menggambarkan kegembiraan akan kedatangan kami di situ.Kami saling bersalaman & berkenalan satu sama lain bagi menjalin ukhuwah sesama Muslim.Sempat juga berbual & berkongsi pengalaman dengan 'otai' konvoi Kuantan di samping mnunggu beberapa ketika sebelum ucapan alu-aluan daripda ketua ARC cawangan Kuantan.

   

3.30 petang
-Setelah kami mendengar kata-kata aluan daripada beberapa 'orang besar' ARC,aktiviti & pertandingan antara ARC Maran & Kuantan pula di adakan.Pertandingan kebiasaan seperti tunggang motorsikal paling perlahan,motorsikal tercantik & boling pantai merupakan antara pertndingan yang menarik perhatian peserta.Menjadi tuah kepada adik & sepupu tersayang apabila mndapat tempat 1 dan ke 2 dlam acara motorsikal tercantik.Kami di beri kesempatan untuk mandi,bergambar kenangan & minum2 di sekitar Pantai Batu Hitam.Ada juga peserta ambil peluang untuk lelapkan mata sebelum menempuh perjalanan pulang nnti.

 ok sedia semue....sape menang kami bg choki2...^^

mane org yang menang nie..ke nk sye ambik ??

motor bertuah...mungkin menang sport rim kot..:P

abg eddy dengn ray ban barunye..:)

kutip ap tu abg oii...??

gambar dengan angah jep...^^

tido dulu...^^

Kami bergerak pulang pada pukul 5.30 petang.Sungguh,memori pembukaan tahun 2012 yang bgiku amat manis.Walaupun diri sewaktu itu penat tetapi seronok dalam misi mengajak rakan2 dari golongan muda berhibur tapi tidak melampaui batas syariat Islam dengan mngikuti program sebigini.Ingatlah,cuti,cuti juga...berdakwah jgan lupa...^^

Rasulullah bersabda, “ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (riwayat Sahih Bukhari/Muslim)  

Monday, 9 January 2012

~BerinGaT seBeluM kEna~

SALAMULLAHI ALAIKUM..

Setinggi ucapan syukur ke hadrat ILLAHI kerana atas kurniannya dapat lagi menghirup udara segar & permai untuk meneruskan objektif utama tujuan manusia di ciptakan ,semata mencari keredhaan-Nya.Alhamdulillah,imtihan untuk semester 1 sudah berakhir lewat jumaat lepas.Segala berjalan lancar.Tapi hati kian berdebar,takut2 natijah imtihan tidak mencapai apa yang di inginkan.Atas kudrat & daya usaha yang ada,daku hanya berserah kepada-Mu Ya Allah,pinta di mudahkan segala.Sungguh,subjek yang berteraskan sains & matematik perlukan latihan yang banyak,especially fizik.Berlainan dengan subjek dalam STAM,kebanyakan hanya aku menghafal tapi tidak faham apa.Mohon sentiasa dari -Mu untuk kekalkan usaha & semangatku.amin..............~

Berakhirnya imtihan lewat Jumaat yang lepas tanda berakhirlah perjuangan sem 1 di bumi UMP ini.Ya,penuh kenangan mahupun memori tersemai di hati sepanjang hidup di sini,saat mula menjejak kaki sehingga siap mengemas diri untuk pulang ke kampung sendiri.Saat artikel ini dikemaskini,aku sedang menyiapkan keperluan di waktu pagi untuk pulang di waktu dinihari.Sedih meninggalakan rakan2 & taulan yang sentiasa mngajarkanku erti hidup.Beri dorongan mahupun semngat,ketika diri berenggang jauh dengan keluarga di kampus belajar.Mereka beri erti maksud UKHUWAH sebenar,saling melengkapi untuk tercapai matlamat mencari keredhaan-Nya.Betul kata pepatah,banyak udang bayak garam,banyak orang banyak ragam..walaupun teman2 punya personaliti mahupun peribadi yang berbeza beza,tapi fitrah inginkan kemanisan dalam berUKHUWAH sentiasa mekar di sanubari.Hanya ALLAH mampu membalas jasa sahabat2...~

Ingin rasanya berkongsi satu kisah rakan yang mengalami kemalangan ketika minggu peperiksaan rancak berlangsung.Peristiwa berlaku senja,saat aku baru siap menjawab madah Basic Math. pada hari Khamis lepas.Kemalangan melibatkan 2 orang rakan,sewktu turun bukit dari jambtan berhadapan Tunas Manja di Kuantan tika mereka baru pulang dari bandar atas urusan bank.Di ceritakan tayar motorsikal yang di tunggangi mereka bocor lalu hilang kawalan.Saat mereka berdua pulang,hanya mampu beristighfar,lihat batang tubuh seorang rakan penuh luka & calar.Ada kesan jahit di muka tanda mereka baru pulang dari klinik.Ya Allah,hanya Kau tahu betapa derita rakan2ku ini.Tika minggu imtihan inilah saat dugaan-Nya menerpa.Diri hanya mampu berdoa.Selang lama kemudian,keluarganya datang menjemput lalu di bawa pulang ke rumah.


Di bawah ku kongsikan sebuah doa tika di timpa musibah.Peringatan buat diri & rakan2 agar sentiasa beringat sebelum kena,mencegah sebelum merawat :

DOA DI TIMPA MUSIBAH 


 Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)